Pakaian bundle ni memang dah lama ada dekat malaysia ni.
kalau dari zaman aku sekolah dulu memang orang dah sibuk-sibuk nak mencari
bundle terutamanya budak-budak yang gilakan brand. berebut-rebut pergi kedai
bundle kalau stok baru masuk...
tapi apa sebenarnya pakaian bundle ni?
pakaian bundle ni sebenarnya pakaian yang terpakai yang
diimport dari luar negara seperti US, jepun, UK, korea dan negara-negara eropah
lain. Pakaian-pakaian ini akan dikumpulkan dan dibungkus dalam guni. inilah yang
dipanggil BUNDLE. guni-guni bundle ini kemudian akan dijual
kepada pembekal secara pukal. selain daripada pakaian terpakai, ada juga pakaian
baru. kita boleh jumpa pakaian tu siap dengan tagging dia lagi. kemungkinan
besar pakaian ini dibeli dan tidak dipakai langsung atau pakaian ini adalah
pakaian reject/ stok lama dari kedai.
jenis pakaian bundle...???
jenis pakaian bundle...???
jenis pakaian yang ada dalam bundle macam-macam dari kemeja
& t-shirt sampailah ke bra dan girdle. hehehe.. memang 1001 macam jenis
pakaian. tapi selain pakaian biasa ada juga bundle kasut, selimut, toto, langsir
dan macam-macam lagi lah. selagi benda tu boleh digunakan semula, memang akan
dijual sebagai bundle.
ape yang menariknya pakaian second hand ni...??
kepada mereka yang tak pernah @ tak minat pakai bundle ni mesti pelik kenapa ada orang suka dan sanggup pakai pakaian terpakai. tak kurang pula yang geli kerana menganggap pakaian ni bekas orang lain dan kotor. ini terpulanglah kepada citarasa dan minat masing-masing. tp apa yang menariknya pakaian bundle ni adalah pakaian yang berkualiti tinggi terutama pakaian yang diimport dari US + Jepun. Kualiti kain dan printing memang bagus. bagi peminat jenama, pakaian bundle ni memang jadi pilihan kerana mereka boleh dapat brand kegemaran masing-masing dengan harga yang murah. jenama-jenama besar seperti levi's, dockers, polo, harley davidson memang menjadi pilihan peminat-peminat bundle ni. kalau display kat kedai tu, memang tak lama la... kejap je ada peminat dia datang beli... seronok tengok.
tak kotor/ berpenyakit ke pakaian bundle ni...??
di petik dan kredit dari --> http://xybundle.blogspot.com/2007/11/apa-itu-pakaian-bundle.html
Nak tahu bagaimana pakaian bundle diproses..... kredit pada + sila ke --> http://1stbundlebale.blogspot.com/2011/07/bagaimana-pakaian-terpakai-atau-bundle.html
Bundle diseluruh dunia... Kredit pada -->
http://1stbundlebale.blogspot.com/2011/07/bundle-around-world.html
Pink Bundle mengucapkan terima kasih pada blogger di atas kerana memberi detail tentang bundle....
No comments:
Post a Comment